Masyarakat Orang Asal telah diberikan pelbagai gelaran seperti Sakai, Orang Darat dan Semang. Menurut Hasan Mat Nor (2001), masyarakat Malaysia lain menggelarkan masyrakat Orang Asli(Asal) berbagai-bagai nama antaranya Semang, Sakai, Semang dan Pangan.
Saturday, March 21, 2009
Budaya Masyarakat Orang Asli
Budaya ialah lambang identiti sesebuah masyarakat. Tidak kurang juga dengan masyarakat orang Asli kita juga terdapat banyak budaya yang di miliki oleh mereka. Tidak ramai yang mengenali masyarakat Orang Asli, itupun cuma sekali-sekala di tayangkan dalam media tentang budaya maysarakat ini.
Budaya masyarakat Orang Asal sememangnya unik kerana ia mempunyai kepelbagaian budaya tradisi yang di amalkan sehingga kini. Terutamanya orang-orang lama Masyarakat Oran Asal, mereka cuba sedaya upaya mempertahankan budaya yang di warisi kepada mereka dan cuba untuk mewarisi budaya tersebut kepada pelapis yang lebih muda.
Saya sendiri sebagai Anak Orang Asli suku kaum Jakun mempunyai pelbagai budaya yang unik yang jarang di ketahui oleh masyarakat lain hanya yang tahu adalah orang-orang Asli di sekitarnya. Sehingga kini, penduduk kampung Denai kuala Rompin Pahang masih lagi mengamalkan aninisme iaitu kepercayaan terhadap makluk-makluk halus iaitu melalui upacara jampi setiap tahun (Sambutan Tahun Baru) di adakan oleh penduduk kampung saya. Saya sudah tiga tahun tidak menenggok(memerhati) upacara tersebut kerana melanjutkan pelajaran ke Sabah. Walaupun saya hanya mendengar cerita dan kadangkala mengikut untuk mengetahui bagaimana upacara itu di adakan saya sangat kagum dengan acara tersebut bukan kerana upacara tersebut di adakan tetapi bagaimana semangat kekauman di tonjolkan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka sangat bersatu padu dan berkerjasama dengan utuh antara satu sama lain untuk menjayakan pemahaman mereka sifat saling tolong menolong adalah amalan yang betul-betul di tonjolkan sehingga upacara itu selesai.
Selain itu, yang lebih unik lagi semasa perayaan tersebut di adakan sesiapa yang datang akan di layan sama rata tak mengira kaum mahupun agama. Sebagai Contohnya, guru-guru yang mengajar di kampung saya akan di jemput hadir untk sama merasa suasana tersebut tetapi dari segi hidangan penduduk kampung atau tuan rumah yang menjemput itu akan menyediakan makanan yang di beli dari luar bagi menjaga keperluan mereka dari segi makanan.
Ini menggambarkan bahawa masyarakat Orang asli adalah masyarakat sentiasa menjaga kebajikan orang lain. Tetapi masyarakat ini boleh berubah jika hati dan perasaan mereka tidak di hargai.
Thursday, March 19, 2009
Perubahan Menteliti
Masyarakat Orang Asli sering kali di sebagai "Orang Asal" sehinggakan masyarakat yang tidak mengenali kehidupan dan budaya Masyarakat Orang Asal akan beranggapan lain dari terhadap masyarakat Orang Asal. Walhal ia tidak seperti yang di gambarkan, sudah banyak masyarakat Orang Asal mengalami perkembangan drastik dalam arus perdana yang serba mencabar dan mahu bersaing dengan masyarakat lain. Dengan sejumlah seramai 149,512 orang Asli di semenanjung Malaysia pada tahun 2009 ynag terdiri daripada 3 kelompok iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito.
Ketiga-tiga kelompok ini sudah ada yang mampu bersaingan dengan masyarakat lain, banyak kajian yang dilakukan dan pemerhatian yang telah dibuat oleh ahli-ahli sarjana dalam menyelami kehidupan masyarakat orang Asal. salah satunya yang sering terbaca kajiannya ialah Prof. Hassan Mat Nor, belaiu banyak membuat kajian tentang masyarakat Orang Asal. Beliau banyak membuat pemerhatian tentang masyarakat Orang Asal. Menurut Hasan Mat Nor (2001) pelbagai gelaran yang diberikan tentang Masyarakat Orang Asal ini antaranya Semang, Sakai, Semang dan Pangan.
Pandangan dari semua pihak amatlah diperlukan namum yang lebih penting ialah pembeharuan dalam diri masyarakat Orang Asal itu sendiri yang paling mustahak dalam menginginkan perubahan. Sebagai Contoh, dari konteks EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK. Apa yang paling penting ialah menguasai ilmu, ilmu yang datang daripada pandidikan awal seseorang anak. Bimbingan keluarga amatlah diperlukan. Ilmu sedikit sebanyak membawa perubahan, terutamanya dalam membentuk menteliti.Menteliti yang selalunya menyekat perubahan dalam Masyarakat Orang Asal.
sumber: buletinjahut
Pandangan dari semua pihak amatlah diperlukan namum yang lebih penting ialah pembeharuan dalam diri masyarakat Orang Asal itu sendiri yang paling mustahak dalam menginginkan perubahan. Sebagai Contoh, dari konteks EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK. Apa yang paling penting ialah menguasai ilmu, ilmu yang datang daripada pandidikan awal seseorang anak. Bimbingan keluarga amatlah diperlukan. Ilmu sedikit sebanyak membawa perubahan, terutamanya dalam membentuk menteliti.Menteliti yang selalunya menyekat perubahan dalam Masyarakat Orang Asal.
sumber: buletinjahut
stesen Asyik FM
Asyik FM, formerly known as Radio 7 and Radio Malaysia Saluran 7 (Radio Malaysia Channel 7) is an Orang Asli radio channel operated by Radio Televisyen Malaysia. As of 1 January 2007, Asyik FM now broadcasting from 8 am to 10 pm.