Thursday, May 28, 2009

Hilangnya Sifat Ramah Mesra

Memiliki nilai ramah mesra adalah satu amalan yang baik di dalam kalangan manusia. Di dalam kalangan Masyarakat Orang Asli, sifat ramah mesra masih lagi di amalkan sehingga sekarang.

Satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda adalah kisah yang terjadi di kampung saya iaitu kampung denai, ini adalah sebagai renungan. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas...dalam jam 2 petang kampung saya di datangi oleh sebuah kenderaan pancuan 4 roda, kenderaan tersebut datang tampa di undang langsung dan masuk kekampung saya tampa keizinan langsung. bah kata Orang, beri salam la sebelum masuk, nie main masuk je. Pancuan 4 roda tersebut terus mengelilingi kampung saya dan mengambil gambar tampa memperdulikan orang kampung saya yang ada di situ. Orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya sesama sendiri akan sikap orang yang datang dengan kenderaan tersebut. Mereka mengambil gambar sesuka hati di kawasan kampung kami terutamanya di sekitar kawasan hutan yang sedikit di sekitar kampung kami yang masih ada kayu balak pada masa itu. orang kampung menjadi hairan dan mula berbincang sesama dieorang akan perihal orang asing yang tiba-tida datang dan mengambil gambar di kampung saya. Apabila kata sepakat telah di bincang orang-orang lelaki kampung saya membuat cadangan untuk menahan kenderaan tersebut dengan menyusunkan tong-tong minyak kat tengah jalan, dan 2 3 orang anak-anak muda menunggu di jalan dan selebihnya bersedia jika ada-ada munasibah yang bakal terjadi di dalam rumah. Apabila kenderaan tersebut datang dan mereka hairan kenapa tong-tong tersebut di letak tengah jalan dan bertanya kepada anak-anak muda yang ada di situ. Tampa memperdulikan pertanyaan, pemuda kampung saya bertanya kepada diorang apa tujuan datang dan menggambil gambil gambar kasawan kampung kami? Apa jawapan yang diorang beri adalah untuk saja-saja. Pemuda kampung saya makin hairan, sebab apa yang di buat mesta ada sebab terutamanya mengambil gambar di sekitar kayu kayan yang ada di sekeliling kampung saya. Tetapi jawapan yang di beri masih lagi tidak memuaskan hati pemuda-pemuda kampung saya. Sebab jawapan yang di beri tidak munasabah sekali. Sampai pertanyaan tersebut mereka ulang terhadap orang yang datang tampa di undang itu. Selagi Jawapan yang di beri tidak memuaskan mereka langsung tak angkat tong-tong yang ada di tengah jalan.

bersambung lagi...

Tuesday, May 26, 2009

Generasiku Kebimbangan

Tanah Semakin sempit dan kemungkinan esok lusa ia mungkin tiada. Generasi yang akan datang sudah pasti tidak akan mengkecapinya termasuklah diri ini yang masih mencari Ilmu di rantauan. Berita tanah di ceroboh di kampung ku iaitu kampung Denai Kuala Rompin Pahang semakain menjadi-jadi. maklumat yang ku terima tentang kebimbangan tersebut adalah lahir dari golongan muda yang mungkin tidak akan mengkecapinya satu hari nanti. Kenapa itu berlaku!!!

Yang datang mengambil tanah tersebut tidak memikirkan nasib komuniti yang ada di sekitarnya. Mereka pun mempunyai perasaan untuk di jaga dan di hargai, namun mungkin ia hanya lahir dari hati anak jati masyarakat ini sahaja tampa di peduli oleh masyarakat lain akan nasib ini.

Yang lebih menyedihkan lagi, pada tahun 2007 banjir besar telah berlakudi perkampungan tersebut ketika aku belajar di Universiti. Nasib tersebut hanya mereka yang tahu akan malang yang menimpa. Terpaksa berpindah ke sekoleh untuk beberapa hari dan banyak masalah yang mereka hadapi dalam jangka masa tersebut. kejadian Ini adalah berpunya dari pembuatan bentang oleh Syarikat Kolan Udang yang terdapat di sekitarnya. Air hujan yang turun tersebut terhalang dan mengakibatkan banjir di kawasan tersebut.

Mereka tidak memikirkan nasib Masyarakat Orang Asli ini, mereka juga mempunyai perasaan dan memerlukan pemerhatian. Bangkit lah bangsa Ku jangan Biarkan Bangsa mu di Perlekehkan Setiap Masa..Hidup Orang Asli...

Bangunlah Bangsa ku

Bangsaku…Orang Asli

Bangsaku yang kumulai dengan seadanya,
Peganglah jati diri kita sebagai satu bangsa yang utuh,
Walaupun di mana kita berada,
Walaupun pegangan kita berbeza
Namun di lahirkan dengan satu bangsa
Bangsa yang sentiasa mengenal dan tahu erti siapa diri sebenar.

Tegakkan bangsamu
Jangan mengenal erti kalah
Kalah hanya pada yang esa
Jangan kalah pada yang hanya pandai berkata-kata,
Kerana hidup kita hanya sementara.

Bangsa kita kini semakin tertindas,
Hilang arah tujuan,
Hilang pegangan,
Hilang KEASLIAN diri.

Bangkitlah bangsaku,
Bangkitlah untuk maruah kita,
Demi bangsa yang tercinta.

Saturday, May 16, 2009

Permasalahan 1

Perkembangan dalam arus perdana sememangnya idaman setiap bangsa Malaysia, termasuklah masyarakat Orang Asli. Mereka juga inginkan pembangunan yang berlaku seperti masyarakat lain, termasuklah dalam semua aspek seperti ekonomi, sosial dan politik. Namun, permasalahan di sini adalah ruang dan peluang di dalam pembangunan tidak banyak di berikan.