Sunday, August 2, 2009

Kampung Denai, Kual Rompin Pahang

3 Ogog 2009

Denai desa KU

episod 1

Kampung Denai adalah sebuah perkampungan yang di duduki oleh masyarakat suku kaum Orang Asli dari Suku Kaum Jakun. Perkampungan ini terletak kira-kira 80km dari bandar Rompin. dulu untuk sampai ke kampung ini mestikah menggunakan perahu dan bot, tetapi sekarang dengan adanya jalan melalui ladang sawit Yayasan Pahang memudahkan lagi untuk sampai dengan menggunakan kenderaan. Namun jalan ini masih menggunakan batu merah walaupun jaraknya tidak seberapa jauh dari perkampungan Melayu. KENAPA INI BERLAKU?

Rata-ratanya penduduk kampung ini masih lagi mempunyai taraf kehidup yang sederhana dan melakukan pekrjaan sendiri iaitu mendapatkan hasil hutan dan menangkap ikan. Namun, hasil yang di terima tidaklah sebanyak mana itu pun kadang-kadang tiada hasil yang mereka perolahi. Kini sedikit kebanggaan yang di perolehi oleh penduduk kampung apabila pihak RISDA membuat tanaman semula getah penduduk kampung dan di letak di atas tanah yang di lotkan untuk penduduk kampung. Setelah tanah di bersihkan, segala usaha di letak atas tangan penduduk kampung untuk mengusahakan cuma dari permulaan tanam hingga umur getah 3 tahun pemantauan dan penjagaan dari pihak RISDA dan pihak kontrak yang telah di lantik. Cuma yang membimbangkan adalah pasal tanah penduduk kampung yang semakin sempit dan semakin kekurangan tanah terutamanya untuk generasi muda yang akan datang. Masalah ini sangat membimbangkan sekali, kerana sekeliling kampung telah di tanam dengan kelapa sawit oleh pihak Yayasan Pahang dan Pengusaha Kolam Udang (Black Tiger). Itu pun ladang Yayasan Pahang dan pengusaha kolam udang telah memasuki tanah resab kampung, ini salah satu penyebab menyebabkan tanah penduduk kampung semakin sempit. Pada hal orang kampung tidak membenarkan sesiapa yang menggunakan tanah tersebut, tiba-tiba tanah tersebut telah di usahakan dengan begitu sahaja tampa kebenaran. Kini, tak tahu kemana generasi muda kampung untuk mendapatkan tanah yang hanya bergantung kepada tanah
lot yang di tanamkan dengan getah.


sambung..




Pulang Ke Desa Tercinta

3 OgOs 2009


Kini ku kembali ke Desa yang aku sayangi. 3 tahun aku di rantauan untuk menuntut ilmu. banyak yang telah aku pelajari semenjak merantau di tempat orang. yang lebih menarik aku mendapat ramai rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya, Namun, di situ aku mendapat segal - gala tentang apa yang ku inginkan seperti ilmu, persahabatan dan segalan-galanya.

Apa yang ini aku kongsikan di sini adalah mengenai ke pulangan aku ke desa yang dah lama aku tinggalkan. Terdapat sedikit perubahan mengenai desaku sejak aku tinggalkan selama di rantauan. Namun, terdapat permasalahan yang telah aku nampak di desa ku dan membinbangkan dariku iaitu mengenai Rumah PPRT yang telah di bina pada tahun 1996, struktur rumah tersebut semuanya di perbuat dari papan maka jangka masa dari tahun tersebut hinggalah sekarang boleh di katakan semua rumah yang di bina itu telah rosak dan boleh mengundang bahaya kepada isi rumah tersebut.

"Rata-rata yang menerima rumah tersebut berkata mereka tidak mampu itu membaiki rumah kerana kos yang tinggi dan jumlah pendapat yang mereka terima pun tidak seberapa". Boleh di katakan, penduduk desa aku mempunyai pekerjaan yang tidak tetap seperti mencari hasil di dalam hutan dan menangkap binatang dan selebihnya ke banyakkan adalah bekerja sendiri mengikut apa yang boleh mereka buat asalkan dapat habuan untuk menapung kehidupan harian.


Luahan hati mereka membuatkan aku sangat terharu, mereka bimbang tentang keselamatan mereka yang menunggu masa struktur rumah tersebut menyembah bumi.