Sunday, August 2, 2009

Pulang Ke Desa Tercinta

3 OgOs 2009


Kini ku kembali ke Desa yang aku sayangi. 3 tahun aku di rantauan untuk menuntut ilmu. banyak yang telah aku pelajari semenjak merantau di tempat orang. yang lebih menarik aku mendapat ramai rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya, Namun, di situ aku mendapat segal - gala tentang apa yang ku inginkan seperti ilmu, persahabatan dan segalan-galanya.

Apa yang ini aku kongsikan di sini adalah mengenai ke pulangan aku ke desa yang dah lama aku tinggalkan. Terdapat sedikit perubahan mengenai desaku sejak aku tinggalkan selama di rantauan. Namun, terdapat permasalahan yang telah aku nampak di desa ku dan membinbangkan dariku iaitu mengenai Rumah PPRT yang telah di bina pada tahun 1996, struktur rumah tersebut semuanya di perbuat dari papan maka jangka masa dari tahun tersebut hinggalah sekarang boleh di katakan semua rumah yang di bina itu telah rosak dan boleh mengundang bahaya kepada isi rumah tersebut.

"Rata-rata yang menerima rumah tersebut berkata mereka tidak mampu itu membaiki rumah kerana kos yang tinggi dan jumlah pendapat yang mereka terima pun tidak seberapa". Boleh di katakan, penduduk desa aku mempunyai pekerjaan yang tidak tetap seperti mencari hasil di dalam hutan dan menangkap binatang dan selebihnya ke banyakkan adalah bekerja sendiri mengikut apa yang boleh mereka buat asalkan dapat habuan untuk menapung kehidupan harian.


Luahan hati mereka membuatkan aku sangat terharu, mereka bimbang tentang keselamatan mereka yang menunggu masa struktur rumah tersebut menyembah bumi.


1 comment:

  1. Hi, i am Chong From UKM. I am doing a project which is design the museum for orang asli especailly Tribe Jakun from Pahang. Last week , i had went to Tasik Chini and met their Tuk Batin .But the info like lifestyle ,culture ,the housing i cannot get it. Finally , i saw your blog. Can you share some info to me. khee_tong_26@yahoo.com

    ReplyDelete