Masih belum terlambat lagi untukku mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang ada di Malaysia.
satu coretan yang ingin kongsikan bersama anda adalah mengenai seorang guru yang telah mengajar aku apa itu "BOLA". Sememangnya masa kecil dulu aku teramat buta tentang bola, yang aku tahu ada bola main je...henyam sakan mengikut sesukai hati. Cikgu tersebut di berikan dengan nama jolokan "DIN" @ " Cikgu din. Cikgu Din datang mengajar di sekolah Kebangsaan Denai bermula 1998. di awal perjumpaan dengan dirinya tidaklah kami mengenali tentangnya sangat ialah budak-bidak kampung pada masa itu lebih kata pemalu. setiap petang aku dengan kangkawan bermain bola dengan penuh semangat tapi tendang bola pun tak betul tapi itulah zaman kanak-kanak main je kerjanya. tetapi aku dengan rakan-rakan tak sedar ada mata yang sedang memandang setiap hari kami main.
pada satu petang mata yang memandang itu datang untuk main sama, aku dengan rakan-rakan buat lah tak tahu ingatkan kami terrer main pada masa itu. walhal kami tidak lah sepandai mata yang memandang kami main bola.
mata yang memerhatikan kami itu adalah Cikgu Din, bakatnya dalam bola sampailah sekarang memang aku tabik sangat2. Cikgu Din akan menegur bila berjumpa dan bercerita tentang bola, memang jiwanya teramat kuat dengan dunia bola.
pada petang tu bermulalah detik aku mengenali bola sedikit demi sedikit. setiap petang kami diajar tentang "apa itu bola". mula-mula sekali kami di tanya apa itu bola dengan Cikgu Din? kami memberi pelbagai jawapan, tapi yang menariknya apa jawapan yang kami beri Cikgu Din suruh kami simpan dalam hati dan tanam bahawa bola adalah satu yang unik yang pasti kami ketahui pada satu hari nanti.
setiap petang minatku dalam bola semakin meluat-luat untuk mendalami dan lebih mempelajari apa itu bola.
sehinggakan kami bermain 3 ke 4 orang pun tetap seronok kerana semakin mahir dengan bola. Cikgu Din pulak semakin cuba membiarkan kami dengan cara kami bermain kecuali ada kesilapan yang kami buat sudah pasti di tegurnya.
sesuatu yang menarik tentan Cikgu Din adalah HOBI nya selain bermain bola adalah memancing udang. Setiap hari aku dengan seorang kawan ku yang rapat " Shah namanya" setiap hari menemaninya pergi memancing di sungai .
sungai Anak Endau meninggalkan pelbagai sejarah dan kenangan dengan Cikgu Din.
namun, jasanya dalam mengejarku apa itu bola telah membuatkanku betul-betul menghargainya sehingga keakhir hayatku.