Saturday, March 21, 2009

Budaya Masyarakat Orang Asli

http://malaysiana.pnm.my/01/orgaslikawin/orgasli.jpg

Budaya ialah lambang identiti sesebuah masyarakat. Tidak kurang juga dengan masyarakat orang Asli kita juga terdapat banyak budaya yang di miliki oleh mereka. Tidak ramai yang mengenali masyarakat Orang Asli, itupun cuma sekali-sekala di tayangkan dalam media tentang budaya maysarakat ini.

Budaya masyarakat Orang Asal sememangnya unik kerana ia mempunyai kepelbagaian budaya tradisi yang di amalkan sehingga kini. Terutamanya orang-orang lama Masyarakat Oran Asal, mereka cuba sedaya upaya mempertahankan budaya yang di warisi kepada mereka dan cuba untuk mewarisi budaya tersebut kepada pelapis yang lebih muda.

Saya sendiri sebagai Anak Orang Asli suku kaum Jakun mempunyai pelbagai budaya yang unik yang jarang di ketahui oleh masyarakat lain hanya yang tahu adalah orang-orang Asli di sekitarnya. Sehingga kini, penduduk kampung Denai kuala Rompin Pahang masih lagi mengamalkan aninisme iaitu kepercayaan terhadap makluk-makluk halus iaitu melalui upacara jampi setiap tahun (Sambutan Tahun Baru) di adakan oleh penduduk kampung saya. Saya sudah tiga tahun tidak menenggok(memerhati) upacara tersebut kerana melanjutkan pelajaran ke Sabah. Walaupun saya hanya mendengar cerita dan kadangkala mengikut untuk mengetahui bagaimana upacara itu di adakan saya sangat kagum dengan acara tersebut bukan kerana upacara tersebut di adakan tetapi bagaimana semangat kekauman di tonjolkan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka sangat bersatu padu dan berkerjasama dengan utuh antara satu sama lain untuk menjayakan pemahaman mereka sifat saling tolong menolong adalah amalan yang betul-betul di tonjolkan sehingga upacara itu selesai.

Selain itu, yang lebih unik lagi semasa perayaan tersebut di adakan sesiapa yang datang akan di layan sama rata tak mengira kaum mahupun agama. Sebagai Contohnya, guru-guru yang mengajar di kampung saya akan di jemput hadir untk sama merasa suasana tersebut tetapi dari segi hidangan penduduk kampung atau tuan rumah yang menjemput itu akan menyediakan makanan yang di beli dari luar bagi menjaga keperluan mereka dari segi makanan.

Ini menggambarkan bahawa masyarakat Orang asli adalah masyarakat sentiasa menjaga kebajikan orang lain. Tetapi masyarakat ini boleh berubah jika hati dan perasaan mereka tidak di hargai.

3 comments:

  1. SETUJU... Budaya satu perlakuan yang dilakukan oleh masyarakat setiap hari..budaya identiti sessuatu masyarakat.misalnya masyarakat orang asli. tetapi jangan lupa budaya juga akan berubah disebabkan faktor persekitaran.

    ReplyDelete
  2. Persekiran sememangnya akan mengubah segala-gala jika tidak meletakkan ia di satu tempat yang tinggi. Termasuklah dalam konteks budaya. Pandangan masyarakat luar terhadap budaya Orang Asli mengakibatkan kita kehilangan identiti dalam mengaku sebagai Orang Asli. mengagung-agongkan budaya orang lain berbanding budaya sendiri, malu untuk menegakkan budaya kita ini mengakibatkan semakin kurang pengamalan budaya masyarakat kita. Sebagai pelapis Masyarakat Orang Asli, jangan mudah elentingkan dengan anggapan masyarakat luar, kuatkan diri dan jangan sesekali hilangan identiti. Majukan diri dengan ilmu kerana ilmu pedoman hidup.

    ReplyDelete