3 Ogog 2009
Denai desa KU
episod 1
Kampung Denai adalah sebuah perkampungan yang di duduki oleh masyarakat suku kaum Orang Asli dari Suku Kaum Jakun. Perkampungan ini terletak kira-kira 80km dari bandar Rompin. dulu untuk sampai ke kampung ini mestikah menggunakan perahu dan bot, tetapi sekarang dengan adanya jalan melalui ladang sawit Yayasan Pahang memudahkan lagi untuk sampai dengan menggunakan kenderaan. Namun jalan ini masih menggunakan batu merah walaupun jaraknya tidak seberapa jauh dari perkampungan Melayu. KENAPA INI BERLAKU?
Rata-ratanya penduduk kampung ini masih lagi mempunyai taraf kehidup yang sederhana dan melakukan pekrjaan sendiri iaitu mendapatkan hasil hutan dan menangkap ikan. Namun, hasil yang di terima tidaklah sebanyak mana itu pun kadang-kadang tiada hasil yang mereka perolahi. Kini sedikit kebanggaan yang di perolehi oleh penduduk kampung apabila pihak RISDA membuat tanaman semula getah penduduk kampung dan di letak di atas tanah yang di lotkan untuk penduduk kampung. Setelah tanah di bersihkan, segala usaha di letak atas tangan penduduk kampung untuk mengusahakan cuma dari permulaan tanam hingga umur getah 3 tahun pemantauan dan penjagaan dari pihak RISDA dan pihak kontrak yang telah di lantik. Cuma yang membimbangkan adalah pasal tanah penduduk kampung yang semakin sempit dan semakin kekurangan tanah terutamanya untuk generasi muda yang akan datang. Masalah ini sangat membimbangkan sekali, kerana sekeliling kampung telah di tanam dengan kelapa sawit oleh pihak Yayasan Pahang dan Pengusaha Kolam Udang (Black Tiger). Itu pun ladang Yayasan Pahang dan pengusaha kolam udang telah memasuki tanah resab kampung, ini salah satu penyebab menyebabkan tanah penduduk kampung semakin sempit. Pada hal orang kampung tidak membenarkan sesiapa yang menggunakan tanah tersebut, tiba-tiba tanah tersebut telah di usahakan dengan begitu sahaja tampa kebenaran. Kini, tak tahu kemana generasi muda kampung untuk mendapatkan tanah yang hanya bergantung kepada tanah lot yang di tanamkan dengan getah.
sambung..
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi :) kampung denai ada masalah bekalan air, betulkah? Saya ingin tahu lebih lanjut.. Bolehkah kita berhubung secara peribadi? email, maybe? terima kasih :)
ReplyDelete